Korang cuba tengok illustration kat atas ini, mesti teringat subjek Sains dulu kan? Hhehe samalah dengan Deida, Semua orang nak kulit yang cantik kan? So macamana Mary Kay boleh bantu kite dapat kulit yang cantik dan sihat dari dalam hingga luar kulit? Jom baca sampai habis ok :)
Actually kulit kita ini yang Allah ciptakan ini sentiasa memperbaharui kulitnya. Kulit ada 7 lapisan, setiap lapisan mengambil masa 28hari paling minimum untuk bertukar dari 1 lapisan ke 1 lapisan yang lain, bergantung pada umur jugak ya.
Ok, cuba tengok ilustrasi kat atas. Sharing kali ini Deida nak share mengenai Epidermis dan Dermis.
Epidermis : Memperlahankan kadar kehilangan lembapan dan lapisan dalam. Ia juga melindungi sel penjana pigmen yang fungsinya member warna pada kulitdan boleh menjadi punca tona kulit yang tak sekata.
Dermis:Bahagian dalam kulit, Ia terdiri daripada kolagen dan serat elastin yang menyokong komponen penting dalam kulit. Apabila lapisan ini dihidratkan, kulit kelihatan lebih muda dan tampak halus!
Next, Know your Skin Type.
Basically terdapat 4 jenis kulit iaitu:
➝Kulit Kering: Liang pori yang lebih kecil dan mungkin disertai dengan garis halus. Kulit berasa kering dan kasar kalau disentuh. Keperluan untuk kulit kering untuk menambahkan kelembapan dan menghidrat semula kulit bagi mengurangkan kedutan dan pengelupasan.
➝Kulit normal: Licin, halus dan mempunyai nada kulit yang sihat. Tekstur kulitnya halus dan liang pori tidak ketara. Keperluan kulit normal untuk mengekalkan keseimbangan lembapan supaya kulit kekal sihat
➝Kulit Berminyak: Ciri-ciri kulit berminyak lebih ketara, porinya kasar dan kulit kelihatan berkilat. Pori yang tersumbat akibat sebum berlebihan. Keperluan kulit berminyak ini untuk mengawal penghasilan sebum dan membersihkan pori yang tersumbat dengan kotoran atau minyak yang berlebihan
➝Kulit Kombinasi : Dimana kawasan zon T adalah berminyak sementara kawasan lain kering atau normal. Keperluan bagi kulit jenis kombinasi ini untuk memastikan kulit sihat dan seimbang dengan menghidratkan kawasan yang kering dan mengawal tempat yang berminyak.
So korang da tahu jenis kulit masing-masing kan? Jadi, pilihlah skincare yang sesuai dengan jenis kulit korang so hasilnya kulit yang sihat!


Comments
Post a Comment